Blog ini adalah blog yang menjadi ganti kepada blog www.mohdfikri.com/blog yang bermasalah setelah 2 tahun beroperasi. Segala bahan-bahannya dipindahkan ke sini. Harap maklum!

Jumaat, 7 Ogos 2009

Kitab al-Ziham wa Atsaruhu fi al-Nusuk (al-Hajj wa al-Umrah)


March 24th, 2009 at 5:21pm

Semalam saya membantu sepupu mendaftar ke Tabung Haji. Insya Allah jika diperkenankan doa kami, kami akan berangkat menunaikan haji ke Makkah pada tahun ini. Allahumma amin… Selepas pulang dari kerja, saya terlihat sebuah buku yang ingin didownload dari internet bertajuk Arab seperti di atas yang membawa maksud ‘Kesesakan dan implikasinya dalam Ibadah (Haji dan Umrah)’.

Buku ini adalah hasil kajian Dr. Khalid bin ‘Abd Allah al-Muslih (www.almosleh.com). Beliau adalah profesor jabatan Fiqh di Kuliah Syariah Universiti al-Qusaim, Saudi dan imam serta khatib Masjid al-’Ulya di bandar Unaizah, Saudi. Beliau juga adalah menantu Syeikh Muhammad bin Soleh al-Utsaimin dan juga anak muridnya. Gurunya yang lain seperti Syeikh Muhammad bin Salman Ali Salman.

Buku ini ditulis berobjektifkan pada perkembangan kesesakan pada setiap musim haji. Melonjaknya bilangan jemaah haji saban tahun memberi banyak mudarat dengan kehilangan jiwa jemaah dan kesempitan sewaktu menunaikan ibadah ini.

Kesesakan ini juga menjadi sebab utama yang dapat menghilangkan tujuan utama ibadah dan zikrullah. Keadaan ini menjadikan kebanyakan jemaah menjadi runsing dan bimbang setiap kali ingin menunaikannya.

Oleh kerana berpunca dari segala kesesakan inilah, syeikh ditulis sebuah buku yang menjelaskan maksud utama ibadah ini (maqasid). Di samping itu juga, usaha yang digembelengkan bagi memastikan keselamatan diri sentiasa terpelihara ketika situasi kesesakan yang kritikal pada setiap musim haji.

Buku ini juga menerangkan apa yang disifatkan oleh Fiqh Islam sebagai satu usaha mengatasi segala bentuk kepayahan umat Islam demi menjaga keperluan menusia di antara masalih (kebaikan) dan mafasid (keburukan).

Secara ringkasnya dapat diperhatikan isi kandungan buku ini yang mungkin dipandang remeh oleh sebahagian orang kerana hanya berkisar mengenai kesesakan di tempat ibadah haji. Namun, apa yang perlu diingat bahawa ibadah haji ini dilakukan setiap tahun dan bilangan jemaah haji yang meningkat semakin menambah lagi kesesakan itu di sana.

KANDUNGAN

Kajiannya ini dirangka seperti berikut:
  1. Pengenalan Kesesakan & Ibadah Haji.
  2. Kesesakan dan hubungannya dengan Ibadah Haji: dulu dan kini.
  3. Menghindari Kesesakan dan Meringankan Ibadah Haji.
  4. Implikasi Kesesakan dalam Kewajipan Ibadah Haji dan menghindarinya.
  5. Kesan Kesesakan ketika Tawaf.
  6. Kesan Kesesakan sewaktu Sa’ie.
  7. Kesan Kesesakan semasa bersyukur.
  8. Kesan Kesesakan ketika menju ke Masjidil Haram.
  9. Kesan Kesesakan semasa hari Tarwiyah dan Arafah.
  10. Kesan Kesesakan pada malam di Muzdalifah.
  11. Kesan Kesesakan pada hari Raya Korban dan Hari Tasyriq.

Begitulah buku ini ditulis dengan penuh perincian dalam menimbang tajuk berkaitan KESESAKAN ketika Haji dan Umrah. Bila difikirkan, adakah kita juga mampu menulis sebuah buku setebal 93 halaman berkaitan cara mengatasi kesesakan jalan raya di ibu kota?
Begitulah ulama, mereka mampu mencernakan segala akal fikiran mereka berdasarkan ilmu pengetahuan mereka dalam menyelesaikan masalah manusia bersandarkan al-Quran dan al-Sunnah.

Semoga kita perolehi kebaikan daripada ilmu pengetahuan mereka semua. Insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan